Sunday 29 August 2021

PBL 6 UUM: BINGKAI GAMBAR SAYA

 

Dettreysie dan Goh Yuk Chung..."Bingkai Gambar Saya"
(30 OGOS 2021). Projek "Bingkai Gambar Saya" dihasilkan oleh murid-murid PPKI tahun 6 UUM untuk mata pelajaran Matematik. Tahniah. Terima kasih kepada ibu bapa yang membimbing anak murid.

LOGO BLOG "EAGLE PPKI SK KOLOMBONG"

 

(30 OGOS 2021).  Logo untuk blog "Eagle PPKI SK Kolombong". URL https://ppkiskkolombong.blogspot.com/.
TERIMA KASIH cikgu Alixius Lasius untuk design logo.

PBL 5 UMS: PROJEK BINGKAI GAMBAR SAYA

 

Nurul Ain, Sharul dan Cleon....Projek Bingkai Gambar Saya.

(30 OGOS 2021: PPKI 5 UMS). Projek Bingkai Gambar Saya telah dihasilkan oleh murid-murid PPKI tahun 5 UMS untuk mata pelajaran Matematik. Terima kasih kepada murid-murid. Terima kasih juga untuk ibu bapa yang membimbing anak murid tanpa jemu dan lelah.



PBL 4 UMT: PROJEK PECAHAN SAYA

 

Aaron dan Cullen dengan hasil Projek Peacahan Saya.
(29 OGOS: PPKI SKK 4 UMT). Project based Learning (PBL) dalam mata pelajaran Matematik tahun 5 UMS telah menghasilkan Projek Pecahan Saya. Terima kasih kepada kepada murid-murid PPKI tahun 4 UMT. Terima kasih juga untuk ibu bapa yang membimbing anak murid.

PBL: PROJEK POKOK BULAN

 

Tyler, Anson dan Sufian dengan hasil Projek Pokok Bulan.

(29 OGOS 2021: PPKI SKK 3 UKM). Project Based Learning (PBL) dalam mata pelajaran Matematik tahun 3 UKM telah menghasilkan Projek Pokok Bulan. Terima kasih kepada murid-murid PPKI SK Kolombong tahun 3 UKM. Terima kasih juga untuk ibu bapa yang membimbing anak murid.

PPKI 2 USM: PROJEK MOBAIL HATI SAYA

 

Celine Lo PPKI 2 USM kelihatan tekun dan gembira dengan hasil projek.

(29 OGOS 2021: PPKI SKK). Pendekatan penggunaan Project Based Learning (PBL) untuk mata pelajaran Pendidikan Moral Murid Berkeperluan Khas (MBK) telah menghasilkan "PROJEK MOBAIL HATI SAYA."

Melissa untuk Mobail Hati Saya....

Terima kasih kepada murid-murid, dan juga ibu bapa yang membimbing anak murid untuk menjayakan projek.

PPKI SKK : AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2021

 

Semangat merdeka oleh Murid Berkeperluan Khas (MBK) tahun 3 UKM...

(29 OGOS 2021: PPKI SK KOLOMBONG). Sempena bulan kemerdekaan 2021, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh PPKI SK Kolombong. Antaranya seperti dalam gambar, PdPR yang menggunakan Project Based Learning (PBL), menggabungkan dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Kemahiran Manipulatif. Aktiviti yang dijalankan iaitu "Uli-uli Doh Merdeka 2021" berlangsung dalam tempoh seminggu.

"Merdeka"....MBK tahun 2USM
Tahniah kepada cikgu Norhayati dan cikgu Rohaida. Terima kasih juga untuk ibu bapa yang membimbing anak murid tanpa jemu dan lelah. MALAYSIA PRIHATIN.

PENGAKAP PPKI SKK: PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PKP 2021

 

(29 OGOS 2021). Pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kolombong telah menjalankan Program Khidmat Masyarakat pada 18 Ogos 2021 (Rabu). Antara aktivit khidmat masyarakat yang dijalankan adalah seperti memungut sampah, membersihkan kawasan rumah dan menyramkan pokok bunga. Klik url https://youtu.be/ZQCno05pz1Q untuk menonton video.

Thursday 26 August 2021

GOOGLE MEET: MESYUARAT PENGURUSAN PdPR PPKI

 Mesyuarat Pengurusan PdPR PPKI


Tarikh : 27 Ogos 2021 (Jumaat)

Masa : 2.00 - 3.00 ptg

Aplikasi : Google Meet 


Kehadiran : Semua guru PPKI


Pautan  :  https://meet.google.com/vii-iysx-jkq


Agenda


1. Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Sham Bani Bin Ismail


2. Ucapan Alu aluan Penyeleras PPKI 

Tuan Haji Mohd Daud Bin Haji Ahmad Sabari


3. Sesi Suai Kenal Cikgu Sufiandy


2. Laporan dapatan kajiselidik Pengalaman Ibubapa / Penjaga sepanjang Pelaksanaan PdPR PPKI SK Kolombong


3. Hal-hal lain


Pencatat Minit : 

Cikgu Jamal Rabba, SU Kurikulum , PPKI SK Kolombong


Sekian, harap maklum.


Terima kasih.

Monday 23 August 2021

DIRGAHAYU MALAYSIA KU: PENGAKAP PPKI SK KOLOMBONG SERTAI 2 ACARA

 

Adik  Gaeshierronna dan adik Hervyvian.
(24 OGOS 2021: PPKI SK KOLOMBONG). Pengakap PPKI SK Kolombong Kota Kinabalu menyertai dua acara iaitu pantun (tema kemerdekaan)  dan nyanyian (lagu patriotik) bagi kategori Pengakap PPKI Sekolah Rendah, Pertandingan Dirgahayu Malaysia Ku Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu tahun 2021.
Adik Gashierronna akan menyertai acara pantun (tema kemerdekaan), sementara adik Hervyvian akan menyertai nyanyian (lagu patriotik). Kita doakan kejayaan mereka berdua.




Sunday 15 August 2021

eNILAM: ADIK NUR RAFIQAH MENANG 2 KATEGORI.

 

Peserta Terbaik Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah (Perempuan)

(16 OGOS 2021: PPKI SK KOLOMBONG). Adik Nur Rafiqah Binti Mohammad Nor dari PPKI SK Kolombong Kota Kinabalu memenangi dua anugerah iaitu Peserta Terbaik Masalah Pembelajaran, dan Anugerah Penghargaan Khas Persembahan Folio Sekolah Rendah, sempena Majlis Penutupan Anugerah Tokoh eNILAM Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2021.

Anugerah Penghargaan Khas Persembahan Folio Terbaik Sekolah Rendah





Wednesday 11 August 2021

PENGAKAP: MEMBUAT TOPENG SHER KHAN

 

Aktiviti membuat topeng Sher Khan....

(12 OGOS 2021: PPKI SK KOLOMBONG). Aktiviti ko kurikulum Pengakap Kanak-kanak PPKI SK Kolombong semalam (Rabu:11 Ogos 2021) adalah membuat "topeng Sher Khan." Tahniah kepada murid-murid yang membuat dan menghantar gambar berserta aksi "Sher Khan."

Aksi-aksi "Sher Khan" dari Pengakap Kanak-kanak PPKI SK Kolombong:






PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 16 "TOPENG SHER KHAN"

 

(11 OGOS  2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan ke 15 aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkeperluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 11 Ogos 2021, dengan topik "Topeng Sher Khan."

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Salam Pengakap PDPR

-PENGAKAP KANAK-KANAK ISTIMEWA-

Hari: Rabu 11/8/2021
Kali: 16

Topik: Membuat Topeng Sher Khan

Aktiviti:
🐯Sila lihat Video youtube https://www.youtube.com/watch?v=eDoLQoSCum8 
🐯kemudian buat topeng Sher Khan (harimau) dengan bimbingan/bantuan ibu bapa .
🐯 Ambil gambar/video dengan memakai topeng sher Khan.
🐯Hantar dalam group Kokurikulum atau pm dengan cikgu Naza.

#buat sehabis baik

Cikgu Naza.

Tuesday 10 August 2021

PPKI SKK IKUT VIRTUAL RUN PPKI SABAH 2021

 

Lari bersama jurulatih.....
(11 OGOS 2021). Murid Berkeperluan Khas (MBK) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kolombong telah mengikuti Kejohanan Virtual Ruan PPKI peringkat negeri Sabah tahun 2021. Tahniah kepada para peserta dan jurulatih serta krew yang terlibat. Semoga berjaya memperolehi kejayaan.

Pemanasan badan sebelum berlari.....

Para krew belakang tabir memastikan kelancaran aktiviti.



PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 13 "BANTU MULA LUKA KECIL"

 


(28 JULAI  2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan ke 113aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkeperluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 28 JULAI 2021, dengan topik "Bantu Mula Luka Kecil."

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊
😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Salam Pengakap PDPR

-PENGAKAP KANAK-KANAK ISTIMEWA-

Hari: Rabu | 28/7/2021

Kali: 13

Topik: Bantu mula-luka kecil

Aktiviti:

Sila lihat Video youtube Yang di sedia kn cara membantu utk luka kecil@ringan Seperti luka jatuh berdarah@tergores..

*Lihat cara2 membantu/membersihkan luka kecil

https://youtu.be/56YdYGlNZhM

#buat sehabis baik

PENGAKAP: PERJUMPAAN 'DITANGGUHKAN"

 

(24 MAC  2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkeperluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah ditangguhkan.

😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔

PENGUMUMAN KOKURIKULUM 🔴

💙 SEPANJANG BULAN RAMADHAN

      AKTIVITI KOKURIKULUM

      DITANGGUHKAN

🧡 TETAPI SETIAP HARI RABU

      PEMAKAIAN BAJU UNIT

      BERUNIFORM TETAP DITERUSKAN 

💛 TERIMA KASIH

PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 6 "LAGU NEGARAKU & SABAH TANAH AIRKU"

 

(17 MAC  2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan ke 14 aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkeperluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 17 MAC 2021, dengan topik "Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku."

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Salam KOKUM PPKI😊

UNIFOM PENGAKAP ISTIMEWA-

Perjumpaan kali ke: 6

Hari: Rabu | 17.3.2021

Masa: 2.00-3.00 ptg

Tempat: Di rumah ( secara maya)

Pakaian: Unifom/tshirt Pengakap

Topik: MENYANYIKAN LAGU SABAH TANAH AIRKU, DAN NEGARAKU

Aktiviti:

1. Isi kehadiran murid melalui link di bawah:

https://forms.gle/RZYo51yVoJUJWDUi9

2. Menyanyikan lagu Sabah Tanah Airku

https://www.youtube.com/watch?v=VZ_Mr7j1t4Q

3. Menyanyikan lagu Negaraku

https://www.youtube.com/watch?v=eNaI3M83bCA

4. Murid diminta menyanyikan 2 buah lagu dengan bantuan Ibubapa sambil merakam dalam bentuk video

5. Hantar tugasan melalui group Kokurikulum 2021 sebagai dokumentasi



#buat sehabis baik

Sunday 8 August 2021

PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 15 "CERITA RIMBA"

 

(4 OGOS  2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan ke 15 aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkeperluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 4 Ogos 2021, dengan topik "Cerita Rimba."

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔

Salam Pengakap PDPR

-PENGAKAP KANAK-KANAK ISTIMEWA-

Hari: Rabu | 4/8/2021
Kali: 15

Topik: CERITA RIMBA 

Aktiviti:
🐯Sila lihat Video youtube cartoon CERITA RIMBA secara santai2
🐯kemudian jawab soalan google form yg cikgu sediakan dlm link dibawah 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfY5J3u9WVGylrSvlrWw9OcYppAdk9C9Hzt4t7Lrd7HDZc1RQ/viewform?usp=pp_url

#buat sehabis baik

PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 14 "BAHASA ISYARAT"


 (30 JULAI 2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan  aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkeperluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 30 Julai 2021, dengan topik "Bengkel Bahasa Isyarat."

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔

Assalamualaikum dan Salam Pengakap! 

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI Kelantan dengan kerjasama PASUKAN PENGAKAP KELANA B BLACKFLURRY PASIR MAS ingin menjemput anda semua untuk sama sama mengisi masa lapang dengan menuntut ilmu pengetahuan baru. 

Sambil sambil kita STAY AT HOME tak ada aktiviti belah malam. Boleh sama sama kita tambah ilmu dalam : 

Program Jom Belajar Bahasa Isyarat 2.0

Yang akan di adakan pada :

31 Julai 2021  |   SABTU
9. 00mlm - 10.30 mlm

Menerusi Aplikasi Zoom /  FB Live 

Dijemput semua ahli Pengakap atau  Bukan Ahli Pengakap yang berkelapangan untuk join program ini.  ✨

Terbuka kepada 
⚜️ PENGAKAP KANAK KANAK 
⚜️PENGAKAP MUDA 
⚜️ PENGAKAP REMAJA 
⚜️PENGAKAP KELANA 
⚜️PEMIMPIN PENGAKAP 
✨BUKAN PENGAKAP / BELIA BELIA YANG BERMINAT 

✅ PENDAFTARAN  PERCUMA
📜 SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN
📋 NOTA PEMBELAJARAN DISEDIAKAN

Silakan mendaftar di link pendaftaran seperti dibawah : 

tiny.cc/BahasaIsyarat2

Sebarang pertanyaan berhubung program ini, anda boleh merujuk kepada admin kami 

www.wasap.my/60179079802

PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 12 "OK9 TALENT"

 

(19 JULAI  2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan  aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkeperluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 19 Julai 2021, dengan topik "Majlis Pelancaran OK9 Talent PPDKK."

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

AKTIVITI PERJUMPAAN  KE-12 KOKURIKULUM HARI INI

AKTIVITI : PELANCARAN OK9 TALENT  PPD KOTA KINABALU

Para pengetua, para guru besar, semua guru serta murid-murid dijemput untuk mengikuti Pelancaran OK9 Talent pada ketetapan berikut :

📅 14 Julai 2021 (Rabu)
⏰ 02:00 petang
🏢 Secara dalam talian :

https://youtu.be/r6SwxODxzIE

*******
Buku Atur Cara :

https://anyflip.com/jqimw/oswm/

*******
Pendaftaran peserta :

Akan dikongsikan semasa acara berlangsung

*******
Kehadiran guru dan murid secara atas talian akan dikira sebagai satu kali perjumpaan mingguan kokurikulum daerah. 

*Mohon semua murid agar mengikuti pelancaran OK9 Talent PPD Kota Kinabalu sebagai aktiviti perjumpaan Kokum kita pada hari ini 🌹

PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 10 "SIMPUL MANUK"


 (30 JUN 2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan ke 10 aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkeperluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 30 Jun 2021, dengan topik "Ikatan dan Simpulan (Simpul manuk)."

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Salam Pengakap PDPR

-PENGAKAP KANAK-KANAK ISTIMEWA-
Hari: Rabu | 30.6.2021
Kali: 10

Topik: IKATAN DAN SIMPULAN
(SIMPUL MANUK/ LILIT BALAK)

Bahan yang diperlukan:
TALI

Aktiviti:
✅ Buat ikatan simpul buku sila secara bimbingan Dan ulangan aktiviti secara tanpa bimbingan berpandukan video Yang di sediakan ini

Klik link di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=lQkdrFx0LSU

https://www.youtube.com/watch?v=rYzCIAl6Pk4

https://www.youtube.com/watch?v=1NmW76UK6KA

https://www.youtube.com/watch?v=xlKu923PMaM


PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 11 "TINDIH KASIH"

 


(7 JULAI 2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan ke 11 aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkeperluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 7 Julai 2021, dengan topik "Ikatan dan Simpulan (Tindih kasih)."

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Salam Berpengakap PdPR3.0

-PENGAKAP KANAK-KANAK ISTIMEWA-

Hari: RABU | 7.7.2021

Kali: 11

Topik: IKATAN & SIMPULAN

(TINDIH KASIH)

Bahan: tali (bebas)

Aktiviti:

1. Buat ikatan TINDIH KASIH secara bimbingan dan ulang aktiviti secara tanpa bimbingan 

2. Tugasan - rakam video dan hantar ke dalam group KOKURIKULUM bila berkelapangan (tiada paksaan)

3. Klik link dibawah untuk menonton:

https://youtu.be/txAfW3OZ6KQ


moto: #Buat Sehabis Baik 👏

PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 9 "BUNGA GETI"

 


(23 JUN  2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan ke 9 aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkerluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 23 Jun 2021, dengan topik "Ikatan dan Simpulan (Bunga Ceti)."

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Salam Pengakap PDPR

-PENGAKAP KANAK-KANAK ISTIMEWA-

Hari: Rabu | 23.6.2021

Kali: 9

Topik: IKATAN DAN SIMPULAN

(SIMPUL BUNGA GETI)

Bahan yang diperlukan:

TALI

Aktiviti:

✅ Buat ikatan simpul buku sila secara bimbingan Dan ulangan aktiviti secara tanpa bimbingan berpandukan video Yang di sediakan ini

https://youtu.be/HiQhqX9XLHM

#buat sehabis baik


PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 8 "BUKU SILA"

 


(16 JUN  2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan ke 9 aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkerluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 16 JUN 2021, dengan topik "Ikatan dan simpulan"

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔😔

Salam Pengakap PDPR

-PENGAKAP KANAK-KANAK ISTIMEWA-

Hari: Rabu | 16.6.2021

Kali: 8

Topik: IKATAN DAN SIMPULAN

(SIMPUL BUKU SILA)

Bahan yang diperlukan:

TALI

Aktiviti:

✅ Buat ikatan simpul buku sila secara bimbingan Dan ulangan aktiviti secara tanpa bimbingan berpandukan video Yang di sediakan ini

https://youtu.be/XZ6lykaXGCU

#buat sehabis baik

PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 7 "PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP"

 


(7 APRIL  2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan ke 7 aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkerluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 7 APRIL 2021, dengan topik "Pakaian Seragam Pengakap."

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Salam KOKUM PPKI


-UNIFOM PENGAKAP ISTIMEWA-

Perjumpaan kali ke 7

Hari: Rabu | 7.4.2021

Masa: 3.00-4.00 ptg

Tempat: Di rumah ( secara maya)

Pakaian: Unifom/tshirt Pengakap

Topik: Pakaian Seragam Pengakap

Aktiviti:

1. Isi kehadiran murid melalui link di atas 👆🏿

2. Lembaran kerja untuk aktiviti pada hari ini ada dalam beg murid.

3. Murid diminta mengenalpasti dan seterusnya menulis @ label nama yang terdapat pada pakaian seragam pengakap.

4. Hantar tugasan selewat-lewatnya hari jumaat (9.4.2021)


#buat sehabis bai

Friday 6 August 2021

E-BERCERITA: NORAZRIN NAIB JOHAN

 


(7 OGOS 2021: PPKI SK KOLOMBONG). Adik Norazrin Bin Mohd Jasni dari PPKI SK Kolombong Kota Kinabalu mendapat Naib Johan E-Bercerita kategori Sekolah Rendah bagi Pertandingan e-Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah pada tahun 2021.
Keputusan yang diumumkan secara maya melalui Link YouTube https://youtu.be/l6j1KVwcAwM 

GOOGLE MEET: PERKONGSIAN PBD PBL

 

Guru-guru PPKI SK Kolombong...

(6 OGOS 2021:PPKI SK KOLOMBONG): Perkongsian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Berasaskan Projek (PBL) di kalangan guru-guru PPKI telah dijalankan secara maya menggunakan pelantar Google Meet bertempat di kediaman masing-masing. 



Thursday 5 August 2021

PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 4 "COGAN KATA"

 

(3 MAC  2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan ke 4 aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkerluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 3 Mac 2021, dengan topik "Cogan Kata."

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😔😔😔😔😔
Assalam Dan salam sejahtera
Tugasan unit beruniform pengakap minggu ini masih secara online:

Tarikh: 3/3/2021
Hari: rabu
Masa: 2-3pm
Tajuk: Cogan kata pengakap

“BUAT SEHABIS BAIK”

1. Ibubapa/penjaga dikehendaki mengambil video anak jagaan menyebut perkataan “ buat sehabis baik dalam berpakaian pengakap dan kongsi di group ini.

2. Sila print kertas kerja untuk menyalin semula perkataan “ buat sehabis baik” Boleh dikembalikan kepada guru dalam minggu ini.

Jutaan Terima kasih atas kerjasama pihak ibubapa/penjaga


PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 5 "PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP"

 


(10 MAC  2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan ke 5 aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkerluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 10 Mac 2021, dengan topik "Persetiaan dan Undang-undang Pengakap."

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Salam KOKUM PPKI


-UNIFOM PENGAKAP ISTIMEWA-

Perjumpaan kali ke: 5

Hari: Rabu | 10.3.2021

Masa: 3:00-4:00 ptg

Tempat: Di rumah ( secara maya)

Topik: PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP


Aktiviti:

1. Isi kehadiran murid melalui link yang di bawah

https://forms.gle/PPBnzvaq5FwNWyKAA

2. Baca dan salin Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap ke dalam buku log masing-masing

3. Hantar tugasan melalui group Kokurikulum PPKI 2021 untuk dokumentasi


#buat sehabis baik


PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 3 "LAGU NEGERAKU DAN SABAH TANAH AIRKU"

 


(24 FEBRUARI  2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan ke 3 aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkerluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 24 Februari 2021, dengan topik "Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sabah."

PENGAKAP: PERJUMPAAN KE 2 "LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA"

 


(17 FEBRUARI 2021: PPKI SK KOLOMBONG). Perjumpaan ke 2 aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkerluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 17 Februari 2021, dengan topik "lambang Pengakap Malaysia."

PENGAKAP: PERJUMPAAN 1 "SEJARAH PENGAKAP".

 

(3 FEBRUARI 2021: PPKI SK KOLOMBONG).Perjumpaan pertama aktiviti ko-kurikulum Pengakap Kanak-kanak Murid Berkerluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong telah dijalankan secara atas talian pada 3 Februari 2021, dengan topik "Sejarah Pengakap."

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊


PBL: TERBAIK DARI CIKGU HASLINDA

 

Model Bentuk Muka Bumi untuk Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar

(5 Ogos 2021: PPKI SK Kolombong). Kaedah Project Based Learning (PBL) yang digunapakai oleh cikgu Haslinda semasa mengajar Murid Berkeperluan Khas (MBK) PPKI SK Kolombong pada bulan Julai lepas menarik perhatian murid.

Buku skrap untuk pendidikan Muzik.
Pembentangan individu: Bahan magnet dan bukan magnet

Google Meet: Pembentangan hasil kerja



HARI BERTEMU PELANGGAN: PENYERAHAN SLIP PBD DAN RPI SK KOLOMBONG

  16 FEBRUARI 2023. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kolombong telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan : Penyerahan Slip PBD Kuri...