Saturday 30 July 2022

MAJLIS HARI PERMUAFAKATAN IBU BAPA PPKI SKK 2022

 

Sesi bertemu pelanggan antara Guru dan Ibubapa
30 JULAI 2022 (1 Muharram 1444H). PPKI SK Kolombong telah mengadakan "Majlis Hari Permuafakatan Ibu bapa PPKI SK Kolombong" 2022 di Bilik Gerakan SK Kolombong. Antara pengisian program;
1) Program Permuafakatan Ibubapa PPKI Tahun 2022 dan
2) Program Bertemu Pelanggan (tandatangan PSPT, eRPI dan PBD)

Barisan Kepimpinan Permuafakatan Ibubapa PPKI sesi 2022

Sesi bergambar untuk semua yang hadir...

Sesi cabutan bertuah...

"Orang kuat"- Penyelaras Sarana PPKI SKK
Sesi makan:






Wednesday 27 July 2022

PERJUMPAAN KALI KE 8 KOKUM DAN INKLUSIF PENGAKAP DAN DOKTOR MUDA

 

28 JULAI 2022. Perjumpaan pengakap PPKI SKK kali ke 8 telah dijalankan pada 27 Julai 2022 (Rabu) bermula jam 12.30 - 1.30 petang. Aktiviti yang dijalankan adalah;

1. Persetiaan pengakap

2. menyanyi lagu pengakap kanak-kanak

3. Ikatan simpul manuk

Kelab Doktor.
Masa: 1.30 - 2.30 petang

Aktiviti : 1. menyanyi lagu doktor muda

               2. Penjagaan gigi

               3. Latihan memberus gigi secara individu & berkumpulan




Wednesday 20 July 2022

PERJUMPAAN KALI KE 7 KOKUM DAN INKLUSIF PENGAKAP DAN SUKAN STACKING PPKI SKK

 

20 JULAI 2022. Aktiviti ko-kurikulum PPKI SK Kolombong telah dijalankan mengikut ketetapan seperti berikut:

 Tarikh : 20/07/2022

📌 Hari : Rabu

Pakaian : 

📌 Uniform Kokum

Masa : 

📌 12.30-1.30 

     Unit Beruniform Pengakap

📌 1.30 ptg - 2.30ptg
    

    Sukan & Permainan: Sukan Stacking

Untuk unit beruniform pengakap, "Perjumpaan Inklusif" telah dijalankan dengan unit pengakap Perdana SK Kolombong.


Untuk sukan dan permainan pula, aktiviti sukan stacking dijalankan. 



Tuesday 19 July 2022

"KAMI BELAJAR MEMBUAT IKATAN SIMPULAN" PENGAKAP PPKI SKK

 

19 JULAI 2022. Perjumpaan pengakap PPKI SKK kali ke 6 telah dijalankan pada 13 Julai 2022 (Rabu) bermula jam 12.30 - 1.30 petang. Aktiviti yang dijalankan adalah belajar "membuat ikatan simpulan".

Tarikh : 22/06/2022

📌 Hari : Rabu

Pakaian : 

📌 Uniform Kokum

Masa : 

📌 12.30-1.30 

     Unit Beruniform Pengakap






PPKI SK DAN SMK KOLOMBONG BERKURSUS PENTERNAKAN MADU ASLI.

 

19 JULAI 2022. PPKI SK Kolombong dan PPKI SMK Kolombong telah mengadakan program jaringan mesra "Kursus Asas Penternakan Madu Asli" bertempat di House of Stingless Bee . Kursus yang dijalankan pada 16 Julai 2022 telah dihadiri oleh beberapa guru PPKI SK Kolombong dan PPKI SMK Kolombong. Kursus dijalankan bertujuan  memberi pendedahan kepada guru dalam menyediakan murid untuk projek madu kelulut yang bermula dari sekolah rendah ke sekolah menengah.




Friday 8 July 2022

KEJAYAAN e-STACKING PPKI SK KOLOMBONG 2022.

 

Bersama jurulatih pasukan sukan e-stacking SK Kolombong
8 JULAI 2022. Tahniah dan syabas kepada pasukan sukan e-stacking PPKI SK Kolombong atas kejayaan dalam pertandingan sukan e-stacking peringkat negeri Sabah.


Kategori Kategori fizikal. Adik Anson Lee Yee Zhe. Pencapaian:
Johan disiplin;
3-3-3
3-6-3
Cycle
Kategori masalah pembelajaran. Adik Darrel Leon. Pencapaian:
Johan disiplin 3-3-3
Johan disiplin 3-6-3


Kategori masalah pembelajaran. Adik Noah Kevern Juvenil. Pencapaian: Naib johan disiplin Cycle


Kategori masalah pembelajaran. Adik Nathan Jud Jonas. Pencapaian:
Tempat ketiga disiplin cycle






Monday 4 July 2022

PPKI SK KOLOMBONG NAIB JOHAN KESELURUHAN MERENTAS DESA

 

4 JULAI 2022. PPKI SK Kolombong mendapat naib keseluruhan merentas desa MSSDKK bawah 12 tahun peringkat daerah Kota Kinabalu. Acara telah berlangsung pada Jumaat lepas (1 Julai 2022) di Taman Rekreasi Komplekas Sukan Likas. Tahniah kepada para jurulatih hebat iaitu cikgu Alixius, cikgu Daud dan cikgu Jamal yang bertungkus lumus melatih para atlet.

Adik Gabriel Charles tempat ke 4, individu lelaki

Adik Adaweeya Qhalishah tempat ke 5, individu perempuan

Adik Nur Haimasarah tempat ke 6, individu perempuan

Adik Noah Kevern tempat ke 10, individu lelaki


HARI BERTEMU PELANGGAN: PENYERAHAN SLIP PBD DAN RPI SK KOLOMBONG

  16 FEBRUARI 2023. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kolombong telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan : Penyerahan Slip PBD Kuri...