Saturday 4 September 2021

PdPR PROJEK PBL "PROJEK ROTI BAKAR MERDEKA"

 

Melissa dengan keluarga ......
(4 SEPTEMBER 2021). Murid-murid PPKI tahun 2 USM telah menjalankan "Projek Roti Bakar Merdeka"untuk mata pelajaran Pendidikan Moral untuk PdPR minggu ini. Tahniah kepada murid-murid yang terlibat dan terima kasih kepada ibu bapa yang membimbing. Anda ibu bapa yang hebat dan prihatin.

Celine Lo....tahniah.


VIDEO PdPR KEBERHASILAN PROJEK PBL (SENTUHAN AJAIB SAYA)

 


(4 SEPTEMBER 2021. PPKI SKK). Saksikan video "Sentuhan Ajaib Saya" . Projek kolaborasi mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dan Bahasa Melayu yang diajar oleh cikgu Rohaida dan cikgu Norhayati. Penglibatan mantap oleh murid-murid PPKI tahun 2 USM dan 3 UKM

Friday 3 September 2021

AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN: KOLAJ BUNGA KEBANGSAAN.

 

Kolaj hasil tangan murid PPKI SK Kolombong

(4 SEPTEMBER 2021: PPKI SKK). Sempena bulan kemerdekaan, satu Pertandingan Kolaj Bunga Kebangsaan anjuran Unit Kelab dan Seni Budaya SK Kolombong telah dijalankan dari 15 Ogos hingga 15 September 2021. Penglibatan murid-murid PPKI SK Kolombong sangat menggalakkan.
Tahniah kepada guru-guru pembimbing iaitu tahap 1 cikgu Norhayati,  cikgu Rohaida dan cikgu Noor Azwaniza, manakala tahap 2 cikgu Haslinda dan cikgu Anizah.

Berikut antara kolaj yang dihasilkan oleh murid-murid PPKI SK Kolombong.


Kolaj hasil murid PPKI tahap 2


Kolaj hasil murid PPKI tahap 1

Thursday 2 September 2021

VIRTUAL RUN 2021: ADIK NUR RAFIQAH TEMPAT KE 4

 

Adik Nur Rafiqah....
(2 SEPTEMBER 2021). Tahniah kepada adik Nur Rafiqah Binti Mohammad Nor dari PPKI SK Kolombong Kota Kinabalu berjaya menduduki tempat ke 4 terbaik Kategori Perempuan Junior Kejohanan Virtual Run Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2021. Beliau mencatatkan masa 17 minit 16 saat.

Tahniah kepada para jurulatih cikgu Alixius dan Julianus. Krew-krew di sebalik tabir yang mantap.

Para krew di sebalik tabir kejayaan yang mantap.


VIRTUAL RUN PPKI SABAH : ADIK HILARY TEMPAT KE 4

"Saya ada 2 tahun lagi untuk juara."
(2 SEPTEMBER 2021). Tahniah kepada adik Hilary Bede dari PPKI SK Kolombong Kota Kinabalu berjaya meduduki tempat ke 4 terbaik Kategori Lelaki Junior Kejohanan Virtual Run Pendidikan khas Peringkat Negeri Sabah 2021. Masa catatan adik Hilary ialah 31 minit 20 saat. Hanya ketinggalan 1 saat (31 minit 19 saat) berbanding pemenang tempat ketiga.


"Haus. Kita minum dulu..."

Tahniah para jurulatih cikgu Alixius Lasius, Julianus Tioon, pengurus cikgu Muhd Daud dan krew-krew di sebalik yang menjayakan pelaksanaan aktiviti virtual run 2021.

Jurulatih dan krew-krew yang hebat.


HARI BERTEMU PELANGGAN: PENYERAHAN SLIP PBD DAN RPI SK KOLOMBONG

  16 FEBRUARI 2023. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kolombong telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan : Penyerahan Slip PBD Kuri...