Friday 24 June 2022

SAMBUTAN HARI JADI FASA 1 PPKI SK KOLOMBONG 2022

 

Meraikan murid yang lahir dari bulan Januari hingga bulan Jun
24 JUN 2022. Aktiviti "Sambutan hari Lahir Fasa 1 (Januari - Jun) PPKI SK Kolombong  2022" yang berlangsung di Dewan Mini SK Kolombong, telah dirasmikan oleh guru besar puan Siti Rukiah binti Abdul Murad.


















Thursday 23 June 2022

GAESHIERRONNA DAN KUMPULAN DAPAT NAIB JOHAN "JEJAK MAKLUMAT PERPUTAKAAN NEGERI SABAH 2022"

 

GAESHIERRONNA DAN KUMPULANNYA
24 JUN 2022. Gaeshierronna dan kumpulannya mendapat tempat ke 2 dalam aktiviti "Jejak Maklumat Perpustakaan Negeri Sabah 2022" yang berlangsung pada 23 Jun 2022.





Wednesday 22 June 2022

PERJUMPAAN KALI KE 5 KOKUM DAN INKLUSIF PENGAKAP PPKI SK KOLOMBONG

 

22 JUN 2022. Aktiviti ko-kurikulum PPKI SK Kolombong telah dijalankan mengikut ketetapan seperti berikut:

 Tarikh : 22/06/2022

📌 Hari : Rabu

Pakaian : 

📌 Uniform Kokum

Masa : 

📌 12.30-1.30 

     Unit Beruniform Pengakap

📌 1.30 ptg - 2.30ptg

      Sukan & Permainan
Untuk unit beruniform pengakap, "Perjumpaan Inklusif" telah dijalankan dengan unit pengakap Perdana SK Kolombong di perkarangan kantin.



Inklusif kokum pengakap PPKI SK Kolombong. Aktiviti bersama pengakap perdana di permulaan aktiviti.

Untuk sukan dan permainan pula, aktiviti sukan olahraga dijalankan. Aktiviti hari ini ialah lari lompat berpagar. 

Aktiviti "ansur maju" lompat berpagar.

Thursday 16 June 2022

ADIK HILLARY DAN GAESHIERRONNA NAIB JOHAN eNILAM 2022.

Adik Hillary...

Adik Gaeshierronna...
17 JUN 2022. Adik Hillary Bede dan adik Gaeshierronna Elulu Jaffri mendapat naib johan eNILAM Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2022, masing-masing dalam kategori Masalah Pembelajaran Rendah Lelaki, dan Masalah Pembelajaran Rendah Perempuan.




Tuesday 14 June 2022

"KAMI BERLATIH MERENTAS DESA" PPKI SKK

 

Pemanasan badan sebelum berlatih...

15 JUN 2022: PPKI SK Kolombong telah menjalankan pemilihan dan latihan kejohanan Merentas Daerah Kota Kinabalu. Latihan telah dibuat di padang sekolah bermula jam 7.10 pagi. Jurulatih berpengalaman cikgu Alixius telah mengetuai aktiviti. Tahniah. Semoga mendapat hasil yang positif.


Jurulatih cikgu Alixius memberi penerangan dan tips kesihatan kepada atlet-atlet merentas desa PPKI SK Kolombong

HARI BERTEMU PELANGGAN: PENYERAHAN SLIP PBD DAN RPI SK KOLOMBONG

  16 FEBRUARI 2023. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kolombong telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan : Penyerahan Slip PBD Kuri...